Saturday 27 December 2014

TERKINI BANJIR MALAYSIA

 SEDIH...
Rata-rata rakyat seluruh negara diselubungi perasaan cemas, 

Berita-berita terkini menunjukkan banyak daerah terputus hubungan dan lebih menyedihkan bekalan makanan sukar di agihkan dengan segera, bekalan elektrik terputus dan ketika ini mula air mulai datang ke daerah kami.. 







Wednesday 24 December 2014

BANJIR BESAR DI MALAYSIA

Disember 2014 Fenomena Banjir

Bila berlaku musibah atau Bencana besar ia juga adalah petanda kiamat akan berkaku.


Tiada daya dan upaya bagi kita sebagai hamba Allah bila di timpa musibah hanya pada Allah kita berserah dan bertawakkal kerana sesungguhnya semua berlaku adalah atas kehendak dan ketentuan dariNya yang maha Esa.

Hanya ini yang mampu saya kongsi buat anda doakan mereka agar tabah dan sabar serta dipermudahkan dalam menghadapi ujian dan dugaan dari Allah ini.




























Tuesday 16 July 2013

ASYRATUS-SA'AH AL-KUBRA (ALAMAT-ALAMAT/TANDA-TANDA HARI KIAMAT YANG BESAR)

(Bahagian satu)

Ketika hari kiamat sudah amat dekat sekali saat tibanya, maka akan terjadilah berbagai perubahan yang amat besar di dalam tata-tertib keadaan alam semesta ini. Tanda-tanda dan peristiwa-peristiwa yang belum pernah berlaku akan berlaku.

1. Tanda yang pertama:

TERBITNYA MATAHARI DARI ARAH BARAT:

Di dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a. disebutkan, Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

(Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga matahari terbit dari arah Barat. Maka apabila matahari sudah terbit dari arah Barat, lalu semua manusia pun akan beriman seluruhnya. Tetapi perbuatan mereka yang sedemikian itu adalah sudah tidak berguna lagi. Keimanan seseorang yang belum pernah beriman sebelum peristiwa tersebut atau memang belum pernah berbuat kebaikan dengan keimanan yang sudah dimilikinya)

Diriwayatkan oleh Imam-Iman Bukhari, Muslim dan Abu Dawud.

Jadi apabila matahari sudah keluar dari arah Barat maka orang yang asalnya kafir tidak lagi diterima imannya dan orang mukmin yang berbuat maksiat tidak lagi diterima taubatnya. Ringkasnya pintu taubat sudah ditutup rapat-rapat setelah terjadinya peristiwa ini.  Selain itu pintu taubat juga telah ditutup oleh Allah Taala, apabila manusia itu rohnya sudah sampai di tenggoroknya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.s yang bermaksud:

(Sesungguhnya Allah Taala menerima taubat hambaNya selama rohnya belum sampai di tenggoroknya.) Diriwayatkan oleh Imam tirmidzi dari Ibnu Umar.

Tanda yang kedua:

2. MUNCULNYA BINATANG YANG AJAIB:

Alamat besar yang kedua ialah muculnya binatang yang ajaib atau aneh sekali, sebab binatang ini dapat bercakap-cakap iaitu memberitahukan kepada orang ramai yang tidak beriman terhadap ayat-ayat Allah Taala, sebagaimana yang diceritakan Allah  di dalam kita Al-Quran seperti berikut:

Yang bermaksud:

Dan ketika keputusan datangnya hari kiamat sudah dekat saat tibanya dan akan adanya siksa kepada orang-orang kafir, maka Kami mengeluarkan suatu binatang dari bumi yang dapat berkata-kata terhadap orang-orang tadi, memberitahukan bahwa para manusia itu sama tidak beriman kepada ayat-ayat Kami.

                                                                                                           - surah An-Naml 82 -

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:

(Sesungguhnya pertama-tama alamat-alamat hari kiamat yang akan keluar iaitu terbitnya matahari dari arah Barat dan keluarnya binatang kepada orang ramai diwaktu dhuha iaitu kira-kira jam 9 pagi. Mana diantara keduanya yang lebih dahulu sebelum kawannya, maka yang lainnya akan menyusul sebentar lagi dibelakangnya)

                                                             Diriwayatkan oleh Imam-Iman Muslim dan Abu Dawud

Adapun hal binatang ini adalah termasuk dalam hal-hal ghaib yang tidak terdapat keterangannya di dalam Al-Quran dan tidak pula di dalam Al-Hadis Ash-Shahih. Yang ada hanyalah penjelasan bahawa setelah dekat akan hari kiamat nanti, maka munculnya suatu binatang yang dapat berkata-kata memberitahu kepada orang ramai. Keterangan yang lain tida ada sedikitpun. Hanya hadis yang tersebut didalam kitab Al-Jamiush-shaghir, diceritakan oleh sahabat Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

(Binatang - yang sebagai alamat akan tibanya hari kiamat itu keluar dengan membawa cincinya Nabi Sulaiman dan tongkatnya Nabi Musa a.s, kemudian memberikan semacam tanda, kepada orang mukmin dengan menggunakan tongkatnya dan kepada orang kafir dicap hidungnya dengan menggunakan cincin itu, sehingga orang-orang yang ahli menjamu tamu sedang berkumpul.. antara mereka akan mengucapkan: " Hai orang mukmin dan yang lainnya mengucapkan Hai orang kafir")

Diriwayatkan oleh Imam-Imam Ahmad, Tirmidzi , Ibnu Majah dan Hakim.

Tanda yang ketiga:


3. TURUN ATAU KELUARNYA IMAM ALMAHDI:


Imam Mahdi itu akan keluar di akhir zaman, namanya Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah.


Diriwayatkan oleh Imam-iman Abu Dawud dan Tirmidzi




Imam Mahdi itu termasuk dalam lingkungan ahlulbait atau keluarga Rasulullah s.a.w iaitu dari puteri beliau yang bernama Fatimah r.a


Diriwayatkan oleh Imam-iman Abu Dawud dan Hakim




Imam Mahdi itu menyerupai Rasulullah s.a.w dalam hal budi pekertinya, tetapi tidak menyamai dalam bentuk rupa atau bentuk tubuhnya, yakni tidak serupa dalam perihal sifat-sifat badaniyahnya.

Semasa dalam pemerintahannya amatlah rezeki umat kerana dia sememangnya berlaku adil dan banyak pula harta yang diberikan.  Ia mengagih-agihkan harta itu dengan sama rata.

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud Imam Mahdi menetap selama tujuh tahun setelah itu Dajjal pun keluar.

4. KELUARNYA ALMASIH DAJJAL

Almasih ertinya seorang pengembara dan Dajjal ertinya banyak dusta dan penipuannya.

Dajjal berdusta dengan mengaku Tuhan dan berusaha keras memperdaya seluruh umat manusia mengikutinya.  Ia berupaya membuat keajaiban dan keanehan.  Sehingga akhirnya ramai yang menjadi kafir semula.  

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang bermaksud

 (sesungguhnya Dajjal itu keluar dan besertanya adalah air dan api, maka apa yang dilihat oleh orang ramai sebagai air, sebenarnya adalah api yang membakar dan sedang apa yang dilihat oleh orang ramai sebagai api, sebenarnya adalah air yang dingin dan tawar.

Maka barangsiapa yang menemuinya hendaklah menjatuhkan dirinya dalam apa yang dilihatnya sebagai api itu kerana sesungguhnya yang ini adalah air tawar yang nyaman)

                                                                Diriwayatkan oleh Imam-Imam Bukhari dan Muslim

Ada pula hadis yang menerangkan bahawa Dajjal itu tidak dapat memasuki kota-kota Makkah dan Madinah kerana dijaga oleh Malaikat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

(Tidak sebuah negeripun melainkan pasti dipijak oleh kaki Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Tiada suatu lorongpun dari lorong-lorong yang menjurus ke arah kedua kota itu kecuali di situ ada para Malaikat yang berbaris rapat untuk menjaga atau melindunginya.  Dajjal itu turun di Sabahan, kemudian Madinahpun bergoncanglah tiga kali goncangan yang dengan sebab itu, Allah lalu mengeluarkan dari bumi Madinah itu semua orang kafir dan munafik)

                                                                                         Diriwayatkan oleh Imam Muslim


Tetapi Bagi kaum mukminim Allah s.w.t tetap memelihara hati dan iman mereka agar tidak terpedaya dengan fitnah Dajjal ini.

Bagi mengelakkan fitnah Dajjal ini sentiasalah membaca dan mengamalkan surah Al-Kahfi

5. TURUNNYA NABI ISA A.S

Nabi Isa a.s diturunkan kebumi di saat Dajjal masih berkuasa dan memperluaskan pengaruhnya. Rasulullah s.a.w. menjelaskan kisah Nabi Isa a.s. seperti berikut:

Yang bermaksud:

(Maka Isa itu dikalangan ummatku adalah sebagai seorang hakim yang adil, pemimpin yang jujur. Dia akan merosak (menghapuskan) palang salib dan dengan demikian adalah menandakan akan hancur agama kristian... Haiwan seperti babi disembelih dan pajak gadai dihapuskan... 
Maka dengan ini adalah sebagai tanda bahawa akan datang nanti yang dapat hidup hanyalah agama Islam belaka kerana Islam tidak mengenal pajak dan tidak mengutip atau memungutnya dari golongan pemeluknya tetapi pajak hanya dipungut dari kaum kafir dzimmi yakni yang ditanggung keselamatan badan, jiwa dan hartanya oleh pemerintah Islam.  Beliau Nabi Isa a.s juga meninggalkan sedekah... kerana seluruh ummah manusia waktu itu sudah hidup dalam kecukupan dan kemakmuran duniawiyah....
Juga tidak diperlukan lagi untuk mengira-gira zakatnya kambing dan unta. Selain itu dilenyapkan hati yang mendongkol atau sifat benci membenci.  Bahkan dilenyapkan juga segala sengat atau bisa semua binatang yang berbisa.... sehingga ada kanak-kanak lelaki yang memasukkan tangannya ke dalam mulut ular, tetapi ular itu sudah tidak merbahaya sedikitpun pada kanak-kanak tadi.  Begitu juga dengan anak perempuan kecil yang menarik perhatian seekor singa untuk melarikannya tetapi singa itu sudah tidak membahayakan dirinya.  Seekor serigala boleh berada di kumpulan kambing tetapi dia tidak mengganggu kambing tersebut malah bertingak sebagai penjaganya.  Diatas muka bumi ini penuh dengan kedamaian dan kerukunan bagai sebuah bekas yang penuh dengan air. Kalimah hak (kebenaran) merupakan kesatuan yang bulat dan tidak ada yang disembah melainkan allah.  Tiada peperangan. Bangsa Quraisy merampas kembali kerajaannya dan bumi menjadi amat bersih sekali seperti sebuah bejana dari perak dan tumbuh-tumbuhannya seperti sejak zaman Nabi Adam a.s amat indah dan sedap mata memandang)

Jelas bahawa yang disiar-siarkan oleh Nabi Isa a.s. itu nanti adalah syariat agama Islam yang telah di lalai dan dilupakan oleh orang ramai lalu dihidupkan kembali sebagaimana  yang diajarkan oleh Junjungan Nabi Muhammad s.a.w dahulu.  Setelah membunuh Dajjal tidak lama kemudian beliau wafat dan jenazahnya disolat dan dikebumikan oleh kaum muslim.

TANDA KE 6 :KELUARNYA BANGSA YA'JUJ DAN MA'JUJ


Seperti yang di ceritakan di dalam Al-Qur'an Al-Karim  (Surah Al-Kahfi ayat 98-99) secara ringkasnya kisah Ya'juj dan Ma'juj ini berlaku ketika di zaman raja Zulqarnain.  Bangsa atau kaum Ya'juj dan Ma'juj ini adalah kaum yang suka membuat kerosakan dan menghuru hara kan negara.  Seluruh rakyat mengadukan hal yang sama kepada raja Zulqarnain.  Mereka meminta supaya didirikan tembok atau dinding yang kuat yang dapat memisahkan rakyat dengan dua kaum perosak ini.

Akhirnya dengan bantuan rakyat Raja Zulqarnaian mendirikan benteng yang dibuat dari gumpalan besi yang amat besar dan dikumpulkan besi sehingga merata antara dua gunung. Zulqarnaian lalu berkata "Nyalakan api disitu".  Setelah kumpulan besi itu menyala menjadi api, Zulqarnain berkata lagi: "Bawalah kemari tembaga yang dilebur itu.  Kini akau hendak menuangkannya kepada pagar besi yang sedang menyala-nyala itu".  Setelah itu bangsa atau kaum Ya'juj dan Ma'juj tidak dapat lagi memanjat ke atas pagar tersebut dan tidak pula dapat menembusi kebawahnya.   Dengan kekuasaan Allah Ta'ala tiba hampirnya kiamat pagar besi itu akan tiba-tiba roboh dan rata dengan bumi, mungkin disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang sering berlaku seperti sekarang dan juga atas sebab-sebab lain yang kita tidak ketahui.  Kedua kaum ini akhirnya akan keluar dan muncul di kalangan ummat manusia sebagai bangsa perosak dan ganas.  

Di dalam hadis pula meriwayatkan bermaksud:

(Allah melepaskan bangsa Ya'juj dan Ma'juj dan mereka bergegas-gegas untuk keluar dari tempat yang tinggi.  Golongan yang pertama yang keluar dulu menuju ke sebuah tasik atau lautan kecil yang di panggil Thabariyah, lalu meminum air laut itu,  ketika golongan yang kemudian melalui tasik yang sama mereka berkata: " Laut ini, tadi baru sahaja ada airnya"... ini menunjukkan bahawa kedua bangsa ini memang benar-benar perosak dan menghabis-habiskan (melahap) makanan dan minuman tidak seperti manusia biasa)


TANDA KE 7:  KELUARNYA ASAP (AWAN)

BUKTI TANDA KELUARNYA ASAP (AWAN) ini juga terdapat dengan jelas di dalam Al-Quran Al-Karim...

Firman Allah sebagai berikut yang bermaksud:

(Maka nantikanlah oleh mu Hai Muhammad pada hari datangnya langit dengan membawa asap yang nyata, yang menutupi seluruh ummat manusia.  Allah berfirman: "Inilah siksa yang amat pedih sekali". Para manusia berkata: "Wahai Tuhan kami, Semoga Engkau membuka (melenyapkan) siksa ini dari kami semua, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang beriman").

Adapun keadaan asap ini berbeza sekali... jika terkena orang mukmin atau orang kafir.  Jika terkena pada orang mukmin (orang Islam) akan dirasakan sebagai penyakit pelik atau selsema, tetapi jika terkena orang kafir akan menyebabkan orang itu mabuk dan asapnya akan keluar dari hidung, kedua mata, kedua telinga dan juga dari duburnya pula.


TANDA YANG KE 8: ROSAKNYA KAABAH (BAITULLAH ALHARAM)

Rasulullah s.a.w bersabda sebagai berikut yang bermaksud:

(Akan merusak Kaabah itu orang yang mempunyai roti sawik, banyaknya dua buah, iaitu orang lelaki dari Habsyi atau Etiopia)


TANDA YANG KE 9: LENYAPNYA AL-QURAN DARI MUSHHAF DAN HATI:

Maksudnya disini ialah Kitab suci Al-Qur'an itu tulisannya akan hilang samasekali dan yang tertinggal hanyalah kertasnya yang putih bersih belaka. Juga tidak seorang pun yang masih ingat akan bunyinya.  Orang yang hafal (para hafiz dan hafizah) Al-Qur'an itu sudah tidak ada barang seorang pun, sekali pun hanya se ayat.  Ini adalah tanda besar akan segeranya berlaku kiamat.

Dalam sebuah hadis dari Hudzaifah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Artinya:

(Agama Islam itu akan dilebur, yakni lenyap, sebagaimana dileburkannya warna baju sehingga tidak lagi di ketahui apa itu yang dinamakan ibadat, puasa, sholat dan sedekah.  Juga dihapuskan tulisan diatas Kitabullah dalam masa satu malam sahaja kemudian tiada yang tertinggal di bumi walau seayat sekalipun.  Yang tetap ada ialah beberapa golongan dari ummat manusia yang tua-tua, lelaki atau perempuan semuanya mengatakan: "Kita semua pernah bertemu dengan ayah-ayah atau nenekmoyang kita dengan suatu ucapan yang berupa La ilaaha illallaah, oleh sebab itu kita pun akan menetapi ucapan yang sedemikian itu."

Shilah lalu berkata kepada Hudzaifah "Tiada ada gunanya orang-orang itu menetapi kalimat La ilaaha illallaah, sebab orang-orang itupun juga tidak mengerti apa yang dinamakan sholat, puasa, sedekah dan ibadat" 

Hudzaifah memalingkan mukanya dan orang tertersebut (Shilah) mengulangi sekali lagi ucapannya sehingga tiga kali berturut-turut.

Sementara itu Hudzaifah pula memalingkan mukanya ke arah lain. Kemudian Hudzaifah menghadap orang itu dan berkata " Hai Shilah, Kalimat La ilaaha illallaah itu dapat menyelamatkan orang-orang tua tadi dari siksa api neraka". Ucapan sedemikian diulangi olehnya sampai tiga kali pula)

Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah

TANDA YANG KE 10: ORANG-ORANG SELURUH ALAM DUNIA MENJADI KAFIR SEMUA

Ini adalah tanda yang kubra yang terakhir sekali... bahawa kiamat akan berlaku tidak lama lagi.  Selama di atas permukaan bumi ini masih ada orang Islam, sekalipun hanya seorang saja dan walau hanya cuma dapat mengucapkan kalimat syahadat ataupun masih ada yang menyebutkan nama Allah, maka hari kiamatpun masih tidak berlaku dan tidak akan tiba.  Hal ini jelas disebutkan dalam sabda Rasullah s.a.w. 

Artinya:

(Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga di atas permukaan bumi ini tida lagi diucapkan kalimat Allah, Allah)

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari sahabat Anas r.a.

Juga dalam hadis lain disebutkan yang bermaksud:

(Sesungguhnya Allah berfirman kepada malaikat Israfil: "Jikalau engkau mendengar ada orang mengucapkan Allah, Allah, maka tangguhkanlah tiupan sangkakala itu selama empatpuluh tahun lagi kerana untuk memuliakan kepada orang yang mengucapkan tadi)

Ingatlah !!!! Peristiwa berlakunya kiamat ini adalah amat menggerunkan sekali semuanya tergambar di dalam Al-Qur'an.

Ia bukanlah seperti yang digambar-gambarkan di filem selama ini kerana ianya lebih berganda-ganda dasyatnya.

Ya Allah ampuni dosa kami muslimin dan muslimat dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bertaubat... amin-amin ya rabbal alamin.

                                          







Friday 6 April 2012

TANDA-TANDA BESAR KIAMAT

1O TANDA-TANDA BESAR KIAMAT




1. TERBITNYA MATAHARI DARI ARAH BARAT


2. MUNCULNYA BINATANG YANG AJAIB


3. KELUARNYA IMAM ALMAHDI


4. KELUARNYA ALMASIH DAJJAL


5. TURUNNYA NABI ALLAH ISA A.S


6. KELUARNYA BANGSA YA'JUJ DAN MA'JUJ


7. KELUARNYA ASAP (AWAN)


8. ROSAKNYA KAABAH (BAITULLAH ALHARAM)


9. LENYAPNYA AL-QURAN DARI MUSHHAF DAN HATI


10. ORANG-ORANG SELURUH ALAM DUNIA MENJADI  KAFIR SEMUA ( TIADA ORANG BERIMAN DI DUNIA)